BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 14 Julai 2009

Khutbah Wada’

Khutbah Wada’
February 28, 2009
Selang tiga bulan setelah junjungan Rasulullah SAW berkesempatanmemberikan nasihat khutbah Wada’(biasanya dieja Wida’) dihadapan 14,000 jemaah haji terakhir (Haji ida’). Antara pesanan baginda sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat. Maka turunlah wahyu terakhir :
Dari surah Al-Maidah: ayat 3
Khutbah Wada’ yang disampaikan di Lembah Uranah adalah wasiat terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum baginda pergi selama-lamanya.
Sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah aku sempurnakan keatas kamu nikmatku dan aku redha islam sebagai satu agama bagi kamu”.
Wada’ telah memberikan saya satu lagi peringatan dan pengalaman. Antara isi yang terkandung di dalamnya berupa pesanan dan amaran tegas dari Rasulullah. Apa yang saya tulis di bawah adalah perincian dari pesanan terakhir nabi yang diberi nama Khutbah Wada’.
Haram menumpahkan darah :
“ Maka dari itu aku permaklumkan kepada kamu semua bahawa darah dan nyawamu, harta bendamu dan kehormatan yang satu terhadap yang lainnya haram atas kamu bertemu dengan Tuhan mu kelak. Semua harus kamu sucikan sebagai mana sucinya kota ini. Hendaklah berita ini disampaikan kepada orang-orang yang tidak hadir di tempat ini oleh kamu sekalian! Bukankah aku telah menyampaikan? Oh Tuhan saksikanlah….!!!
Hapuskan Riba’ :
“Hal ini hendaklah dihapuskan segala macam bentuk riba’. Maka barangsiapa yang memegang amanah di tangannya maka hendaklah ia bayarkan kepada yang empunya. Dan sesungguhnya Riba’ Jahiliah itu adalah batil. Dan awal Riba’ yang pertama sekali aku sapu bersih adalah Riba yang dilakukan oleh bapa saudaraku sendiri Abbas Ibnu Abdul Muttalib. Hari ini haruslah dihapuskan semua bentuk pembalasan dendam pembunuhan Jahiliah, dan penuntutan darah ala Jahiliah yang mula pertama aku hapuskan adalah atas tuntutan darah ‘ Amir bin Harris.
“Wahai manusia!!! Hari ini syaitan telah putus asa untuk dapat disembah pada bumimu yang suci ini. Tetapi ia bangga bila kamu dapat mentaatinya walaupun dalam perkara yang kelihatannya kecil sekalipun, maka waspadalah kamu atasnya…!!!”
Hak-Kewajipan Suami-Isteri :
“Wahai manusia…!!! Sesungguhnya bagi kaum wanita itu (isteri)mu ada hak-hak yang harus kamu penuhi, dan bagimu juga ada hak-hak yang harus dipenuhi oleh isteri itu. Ialah bahawa mereka tidak boleh sekali-kali membawa orang lain ketempat tidur selain kamu sendiri, dan mereka tidak boleh membawa orang lain yang tidak kamu sukai kerumahmu, Kecuali setelah mendapat izin dari kamu terlebih dahulu. Maka sekiranya kaum wanita itu melanggar ketentuan-ketentuan yang demikian, sesungguhnya Allah beerti telah mengizinkan kamu untuk meninggalkan mereka”.
Pegangan Hidup :
“Wahai manusia…!!! Sesungguhnya aku telah meninggalkan kamu dua perkara: Al-Quran dan Sunnah. Wahai manusia dengarkanlah baik-baik apa yang aku ucapkan kepadamu nescaya pastikanmu bahagia untuk selamanya dalam hidupmu.!”
Persaudaraan Islam :
“Wahai manusia !!! Kamu hendaklah mengerti bahawa orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Maka bagi masing-masing peribadi diantara kamu terlarang keras untuk mengambil harta saudaranya kecuali dengan izin hati yang ikhlas. Bukankah aku telah menyampaikan?!!! Oh Tuhan tolong saksikan!!!”
Persamaan Hak :
“Wahai manusia!! Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah tunggal, dan sesungguhnya kamu berasal dari satu Bapa. Semua kamu dari Adam dan Adam terjadi dari tanah. Sesungguhnya orang yang mulia diantara kamu semua disisi Tuhan adalah orang yang paling takwa, tidak sedikitpun ada kelebihan bangsa Arab itu dari yang bukan Arab kecuali takwa”.
Setelah Nabi SAW mengakhiri Khutbah Wida’ yang amat berkesan itu dengan nada suaranya yang tinggi sambil menunjuk kelangit, maka berteriak pulalah para jemaah haji yang sedang berkumpul di Padang Arafah itu menyahut serentak dengan suaranya yang lantang bergema membahana, membelah kesunyian-kesenyapan padang pasir yang luas tandus itu dengan beramai-ramai mengucapkan: “ Demi Tuhan! Sesungguhnya engkau (Muhammad SAW) telah menyampaikan amanah perintah-perintah Tuhanmu.!”

0 ulasan: